DUIT -DUIT DAN BARANG LAMA UNTUK DIJUAL SILA KLIK DI BAWAH

[FOR SALE]


Wednesday, April 22, 2009

RM50 Zeti Aziz Radar Nombor


RM 50 yang ditandatangani oleh Zeti Aziz dengan radar nombor siri NJ1166611 yang kebetulan aku jumpa semasa terima baki dari kedai mamak. Condition bagi aku kira VF, tapi kalau kedutannya hilang mungkin boleh jadi EF kerana tiada kesan kotoran. Kesan kedutan itu kerana aku masukkan dalam poket seluar.

Untuk dijual RM90.00

RM50 Zeti Aziz Replacemenrt Note


Duit gantian RM50.00 dengan siri ZD0233153 ditandatangani oleh Zeti Aziz yang kebetulan aku jumpa semasa membelek-belek duit yang aku ambil dari bank.

Untuk dijual RM70.00

Wang kertas RM100 Ali Abul Hassan


Wang kertas RM100 di atas adalah koleksi yang di tandatangani oleh Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Sulaiman. Side Sign dan centre sign. Sekali pandang tandatangan seperti 'Aishah' . Inilah yang selalu digembar-gemburkan oleh mereka yang kurang faham. Hal ini terjadi kerana pada masa itu Raja Permaisuri Agong adalah YM Cik Puan Aishah isteri kepada Yang Dipertuan Agong Almarhum Sultan Sallahuddin Abd Aziz Shah yang kemudian mangkat dan tandatangan itu tidak kelihatan lagi. Kebetulan pula Gabenor Ali Abul Hassan digantikan oleh Zeti Akhtar Aziz.

Friday, April 17, 2009

Wang kertas Malaysia RM1


Wang kertas Malaysia RM1 ditandatangani oleh Tan Sri Ali Abul Hassan sangat jarang ditemui. (ITEM INI TELAH DITEBUS OLEH HAMBA ALLAH DARI PAHANG).

Thursday, April 16, 2009

Wang kertas Singapore siri orkid


Duit kertas Spore S$1 (one dollar) di atas adalah keluaran pertama tahun 1967 - 1969 yang ditandatangani oleh Mr. Lim Kim San.



Duit S$1 Spore di atas adalah keluaran ketiga tahun 1972 - 1976 ditandatangani oleh Mr Hon Sui Sen dengan red seal. UNC dan Running Number.

Wang kertas Singapore siri orkid


Wang kertas S$5 siri orkid. Bersaiz 127mm x 71mm dan ditandatangani oleh Mr Lim Kim San. Koleksi di atas adalah keluaran pertama dengan Running Number dan UNC.

Wang kertas Singapore siri orkid


Wang kertas S $10 siri orkid di atas adalah merupakan keluaran kedua, dikeluarkan tahun 1970 - 1972, reka bentuknya sama dengan siri orkid keluaran pertama, cuma untuk keluaran ini ditandatangani oleh Dr. Goh Keng Swee dengan red seal.

Wang kertas Singapore siri orkid


Wang kertas S$10 Spore siri orkid. Dikeluarkan tahun 1967 - 1969 bersaiz 133mm x 79mm dan ditandatangani oleh Mr Lim Kim San.

Wang kertas Singapore siri orkid


Wang kertas Spore dengan nilai muka S$25 hanya dikeluarkan tahun 1972 - 1973, ditandatangani oleh Mr Hon Sui Sen dengan red seal. Bersaiz 140mm x 79mm. Aku kategorikan wang di atas sebagai UNC.

Wang kertas Malaysia siri pertama.


Wang kertas keluaran pertama Malaysia dengan nilai muka $10.00. Dikeluarkan tahun 1967 hingga 1974 dicetak oleh Thomas De La Rue & Co. Ltd., dengan size 133mm x 79mm. Duit diatas adalah UNCIRCULATED dengan Runnning Number.

Untuk dijual RM170.00 seunit.

Satu unit 876202 telah dijual kepada individu dari Kuching.

Wang Kertas 5 cent King George 1941

Wang kertas dengan nilai muka 5 cent keluaran 1st July 1941 dengan potret King George VI.

Friday, April 10, 2009

Kupon Getah Kering

Kupon ini dikeluarkan tahun 1941 untuk kegunaan pembelian getah kering di Negeri Tanah Melayu. Setakat yang aku tahu pembeli akan menimbang getah kering dan memberikan kupon ini mengikut berat timbangan getah tersebut. Sebagai contoh kupon ini bernilai 10 kati. Kupon boleh digunakan untuk menukar dengan barang-barang atau boleh ditukar untuk mendapatkan duit.

Koleksi Duit Indonesia



















Aku simpan saja sebagai koleksi.

Duit Thailand Lama.


Duit Thailand bernilai satu baht keluaran tahun 1955. Apa yang dapat aku lihat potret Raja Bumiphol Adulyadej masih lagi muda belia. Duit dengan nilai yang rendah ini ( 1 baht = 10 sen msia) jarang aku temui.

Duit Malaysia RM5 siri ke 6 dan ke 8.


Siri ke 6 dengan lambang palang di tiang bendera ditandatangani oleh Tan Sri Jaffar Hussin


Siri ke 8 tiada lambang palang pada tiang bendera ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Ahmad Mohd Dom. Lain-lain ciri tidak berubah.