DUIT -DUIT DAN BARANG LAMA UNTUK DIJUAL SILA KLIK DI BAWAH

[FOR SALE]


Tuesday, April 27, 2010

Syiling Peringatan Ulang tahun ke 50 Parlimen



Syiling peringatan sempena ulang tahun ke 50 Parlimen Malaysia dari tahun 1959 - 2009.

Sunday, April 25, 2010

Syiling Peringatan Sidang Kemuncak Asean ke 11



Syiling Peringatan sempena sidang kemuncak ASEAN ke 11 di Kuala Lumpur pada 12 - 14 Disember 2005.

Saturday, April 17, 2010

Syiling Satu Ringgit King Edward VII 1903

Syiling satu ringgit King Edward VII tahun 1903 ini adalah duit syiling pertama yang aku simpan. Bermula dengan syiling inilah minat aku mengumpul duit-duit lama mula timbul. Walau pun nilainya tidak seberapa tetapi memberi nilai yang sangat besar kepadaku.

Keluaran tahun 1903B mintage 15,009,891 unit, diperbuat daripada silver .900 fine.

Thursday, April 15, 2010

RM50 Siri kemerdekaan



RM50 Siri kemerdekaan ini bukanlah duit yang asing bagi kita, malahan dalam seharian pun mungkin kita terjumpa duit seumpama ini. Tetapi hari ini aku rasa bernasib baik sebab dapat jumpa prefix yang lain dari dari AAxxxxxxx.

Aku dapat prefix AC dan AE. Apa yang kita tahu duit baru yang kita guna sekarang adalah dengan prefix AF tanpa logo 50 tahun kemerdekaan. Mungkin kawan kira proof007 dapat menjawab persoalan ini. atau mungkin juga BNM memang keluarkan prefix AA hingga AE dengan logo kemerdekaan dan baru sekarang diedarkan untuk digunakan.

Tuesday, April 13, 2010

Duit Syiling Singapore Siri Pertama






Syiling seperti ini mula dikeluarkan tahun 1967, sama seperti Malaysia dan Brunei. Nilai muka dan saiz juga sama. Pada awal keluarannya sehingga pertengahan tahun 1970an, syiling ini sah laku digunakan di Malaysia dengan nilai yang sama dengan nilai wang Malaysia.

Monday, April 12, 2010

Badik


Badik merupakan senjata lama orang-orang melayu. Biasanya badik berukuran antara 3 hingga 4 inci.

Friday, April 9, 2010

Keris Lama

Sebenarnya aku bukanlah antara yang tahu tentang keris, aku hanya meminati barang-barang lama termasuk keris. Aku tak pernah tahu nama-nama keris kecuali diberitahu kepada aku.

Keris ini kalau dilihat dari bentuk dan keadaannya nampak dah terlalu tua. Mungkin usia dah lama dan dipakaikan dengan ulu dan sarung yang baru. Walau bagaimana pun jangan anda semua yakin semua besi sedemikian adalah besi lama, kadang kala ada yang merendamkan keris yang baru dibuat dalam air asid untuk menjadikan keris kelihatan seperti keris lama.
Apa pun, bagi orang yang pakar tentang keris dapat membezakan antara yang lama dengan yang baru. Hanya jauhari yang mengenal maknikam.

Tuesday, April 6, 2010

Syiling Peringatan Mesyuarat Tahunan IDB ke 30 2005.



Syiling Peringatan sempena mesyuarat tahunan lembaga Gabenor Bank Pembangunan Islam (IDB) yang ke 30 tahun 2005.

Monday, April 5, 2010

Syiling Peringatan Sidang Kemuncak Negara-negara Islam ke 10 .



Syiling peringatan sempena sidang kemunck persidangan Negara-negara Islam ke 10 di Putrajaya tahun 2003.

Thursday, April 1, 2010

Syiling Peringatan Sukan Sea 2001 Kuala Lumpur.



Syiling peringatan sempena sukan sea ke 21 2001 Kuala Lumpur.