DUIT -DUIT DAN BARANG LAMA UNTUK DIJUAL SILA KLIK DI BAWAH

[FOR SALE]


Saturday, January 30, 2010

Syiling Peringatan 25 Tahun Kemerdekaan


Syiling Peringatan 25 Tahun Kemerdekaan dikeluarkan tahun 1982 dengan nilai muka 25 Ringgit. Jumlah keluaran 150,000 unit diperbuat daripada silver.500 fine.

Wednesday, January 27, 2010

One Cent Brunei 1887


Coin one cent Brunei keluaran tahun 1304H/1887M ini amat jarang dijumpai. walaupun bukan dalam kategori rare lagi, tapi semakin sukar untuk diperolehi. Jumlah keluarannya pada tahun 1887 adalah 1,000,000 unit. Mungkin kerana usianya telah 123 tahun menyebabkan jumlah sebenar yang masih tersimpan semakin berkurangan.

Monday, January 25, 2010

Duit yassin 1



Duit yassin 1 dengan gambar rama-rama dan orang berperahu ini amat jarang ditemui.

TELAH DITEBUS OLEH HAMBA ALLAH DARI N.SEMBILAN.

Saturday, January 23, 2010

Dulang Tembaga Lama

1. Bergaris pusat 18 inci dengan berat 1.6kg.(TELAH DITEBUS OLEH HAMBA ALLAH DARI TAIPING, PERAK)

2. Bergaris pusat 17 inci dengan berat 1.1kg

3. Bergaris pusat 17inci dengan berat 1.1 kg

4. Bergaris pusat 17 inci dengan berat 1.1 kg

5. Bergaris pusat 17inci dengan berat 0.9 kg.

Dulang atau talam tembaga ini pernah digunakan untuk mengangkut hidangan untuk dihidang kepada tetamu. Juga digunakan sebagai tempat meletakkan makanan bagi orang yang makan setalam bersama. Aku pernah makan setalam dengan menggunakan dulang sebegini semasa kenduri di surau kampung kami.

Thursday, January 21, 2010

RM50 Dengan Logo Kemerdekaan




RM50 Dengan logo Kemerdekaan bersama folder dan gold line di bahagian tepi. Dikeluarkan dengan prefix AA 0000001 hingga AA0020000, iaitu hanya 20000 unit sahaja. Mmanakala prefix AA 0020000 dan ke atas adalah tanpa gold line.

Sunday, January 17, 2010

Wang Kertas Sepanyol

Keluaran 25 April 1931.

Thursday, January 14, 2010

Germany Banknote


Duit kertas Jerman keluaran 21 April 1910.

Thursday, January 7, 2010

Wang Kertas Malaysia Siri ke 5












Aku memang berminat dengan wang kertas siri ke 5 ini. Aku dah ada beberapa set dari RM1 hingga RM100. Nilai muka yang lebih daripada itu belum mampu lagi agaknya.
Tandatangan Dato' Aziz Taha sentiasa melekat dalam minat aku. Begitu juga dengan siri ke 4, tapi untuk siri ke 4 aku ada setakat nilai muka RM50 sahaja.