DUIT -DUIT DAN BARANG LAMA UNTUK DIJUAL SILA KLIK DI BAWAH

[FOR SALE]


Friday, May 29, 2009

Duit $10 Kerbau Bajak


Duit $10 Pertama keluaran Negara kita selepas kemerdekaan. Sahlaku di negeri-negeri Semenanjung, Singapura, Brunei dan British Borneo. Ditandatangani oleh Tun Tan Siew sin.

Tuesday, May 26, 2009

RM10 Malaysia

RM10 siri pertama, dikeluarkan tahun 1967 signed by Ismail Md Ali. Menggunakan ejaan SA-PULOH, DI-PERLAKUKAN dan GABENOR.


Siri ke 2, signed by Ismail Md Ali, sama dengan siri pertama tetapi ejaan SEPULUH, DIPERLAKUKAN dan GABENUR telah menggantikan ejaan lama.


Siri ke 3, signed by Ismail Md Ali, siri ini telah diperbaharui di sudut bawah sebelah kiri.



Siri ke 4, signed by Abd Aziz Taha. Reka bentuk sama dengan siri ke 3.


RM10 Siri ke 5 dengan reka bentuk baru, menggantikan siri ke 4. Masih lagi ditandatangani oleh Ab Aziz Taha. Bahagian belakangnya memaparkan Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.


Siri ke 6, signed by Jaffar Hussin.




RM10 siri ke 7, signed by Ahmad Mohd Don.


Siri ke 8, signed by Ahmad Mohd Don dengan reka bentuk baru menggantikan rekabentuk yang terdahulu.


Siri ke 9, signed by Ali Abul Hassan Sulaiman di bahagian tepi.


Siri ke 10, signed by Ali Abul Hassan Sulaiman di bahagian tengah.


Siri ke 11, signed by Zeti Akhtar Aziz without silver thread.


RM10 Siri ke 12Malaysia, sama dengan siri ke 11, signed by Zeti Akhtar Aziz di bahagian tengah dengan silver thread.

Koleksi Duit Indonesia III








Koleksi duit Indonesia tahun 1958, 1964

Monday, May 25, 2009

Koleksi RM1 ZD Zeti Aziz

15 pcs R/N RM1 ZD Zeti Aziz

Syiling King George V.



Syiling 50 cent King George V keluaran tahun 1920.

Syiling King George VI




Koleksi Syiling King George VI.

Queen Elizabeth






Koleksi syiling Queen Elizabeth Malaya & British Borneo. Syiling 50 cent juga terbelah sama dengan duit 50 sen Malaysia tahun 1967 hingga 1969.

Syiling Thailand



Sebenarnya aku tak berapa faham sangat syiling Thailand ni, sebab dah lama tak guna, sejak pergolakan di Selatan Thailand aku jarang sangat ke sana untuk membeli barang. Bila balik kampung aku ke sana pun secara tergesa-gesa saja membeli keperluan.

Koleksi di atas aku ambil sekeping bagi setiap jenis syiling Thailand yang ada dalam simpanan aku.

Koleksi duit RM1 Syiling M'sia.


Koleksi di atas adalah duit Malaysia RM1 syiling yang diperkenalkan mengganti duit RM1 kertas Msia siri ke 6. Duit ini diperkenalkan (pada anggapan saya) kerana pada waktu itu sekitar tahun 1989 dan 1990 banyak terdapat duit RM1 kertas yang diconteng. Alasan yang diberikan adalah orang ramai kurang merasa sayang kepada duit RM1 kertas, maka berlaku contengan terhadap wang kertas RM1 secara berleluasa sehingga ke satu tahap kerajaan tidak akan menerima jika duit diconteng.

Selepas syiling ini diperkenalkan, terdapat rasa tidak puas hati orang ramai kerana syiling ini agak berat jika dibawa dalam jumlah yang banyak, maka pada masa yang sama kerajaan mengeluarkan wang kertas bernilai RM2 sebagai alternatif bagi mengatasi perkara itu.

Koleksi di atas adalah sekeping bagi setiap tahun dari tahun 1990 hingga 1996.

Monday, May 18, 2009

Siri RM5 Malaysia

RM5 siri pertama (tahun 1967 hingga 1972) Signed by Tun Ismail Md Ali.

RM5 siri ke 2 (tahun 1972 hingga 1976) signed by Tun ismail Md Ali.

RM5 siri ke 3 ( tahun 1976 hingga 1981) signed by Tun Ismail Md Ali.


RM5 siri ke 4, (1981 hingga 1983) signed by Tan Sri Aziz Taha.


RM5 siri ke5 keluaran tahun 1983 hingga 1984 dengan rekabentuk baru , signed by Tan Sri Aziz Taha dengan palang di tiang bendera.


RM5 siri ke6 (1986 hingga 1987) signed by Tan sri jaffar husin dengan palang di tiang bendera.


RM5 siri ke 7, keluaran tahun 1991, signed by Tan sri jaffar Hussin tanpa palang di tiang bendera.

RM5 siri ke 8, keluaran 1995 cetakan oleh Thomas De La Rue dan signed by Ahmad Mohd Don, sama dengan siri ke 7. Keluaran tahun 1998 cetakan oleh Canadian Banknotes.

Siri ke 9 RM5 ,Paper Money keluaran 27.9.1999 signed by Ali Abul Hassan Sulaiman


Siri ke 10 RM5 Paper Money Signed by Zeti Aziz

Siri ke 11 RM5 polimer signed by Zeti Aziz