DUIT -DUIT DAN BARANG LAMA UNTUK DIJUAL SILA KLIK DI BAWAH

[FOR SALE]


Thursday, May 14, 2009

Wang kertas $1 Malaysia.

Wang kertas di atas dicetak oleh Waterlows & Sons.

Wang di atas juga dicetak oleh Thomas De La Rue.


Wang Kertas $1 pertama keluaran Malaysia selepas merdeka ialah tahun 1959. Pada masa itu negara kita masih lagi menggunakan nama Malaya. Wang kertas keluaran tahun 1959 hanya bernilai $1 sahaja. Pada masa ini Negara Brunei dan Singapura menggunakan wang yang sama.

Keluaran pada tahun ini dicetak oleh Thomas De La Rue dan ditandatangani oleh Tun Lee Hau Shik.

Wednesday, May 13, 2009

Wang kertas RM1 Malaysia.


RM1 siri pertama Malaysia, dikeluarkan tahun 1967 - 1972 dengan tandatangan Gabenor Tun Ismail Md Ali dengan ejaan lama DI-PERLAKUKAN dan GABENOR.


RM1 siri ke 2 keluaran tahun 1972 - 1976 dengan perubahan ejaan DIPERLAKUKAN dan GABENOR.

RM1 siri ke 3 dengan perubahan bahagian sudut bawah sebelah kiri. Masih lagi menggunakan Tandatangan Tun ismail Md Ali.


RM1 siri ke 4, sama dengan siri ke 3 tetapi dengan tandatangan Gabenor Tan Sri Dato' Aziz Taha


RM1 siri ke 5 dengan reka bentuk baru masih mengekalkan potret Yang Dipertuan Agong yang pertama tetapi bahagian belakang memaparkan monumen bersejarah di malaysia iaitu Tugu Peringatan Negara. Masih lagi dicetak oleh Bradbury and Wilkinson. Ditandatangani oleh Gabenor Tan Sri Dato' Aziz Taha.

RM1 Siri ke 5 tetapi dicetak oleh Thomas De La Rue.

RM1 siri ke 6 dikeluarkan tahun 1986 - 1987 dengan tandatangan Gebenor Tan Sri Jaffar Husin mengekalkan reka bentuk yang sama dengan siri ke 5.

RM1 Siri ke 7 yang dikeluarkan tahun 2000 dengan siri no. CR72xxxxx yang amat sedikit kerana persaraan Gabenor Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman. Masih lagi menggunakan potret Yang Dipertuan Agong yang pertama tetapi dengan reka bentuk yang berlainan.



RM1 siri ke 8 dikeluarkan tahun 2000 dengan tandatangan Gabenor Zeti Akhtar Aziz.

*UNTUK DIJUAL $1 1ST SERIES RM 20 SEKEPING CONDITION EF/AUNC.

Tuesday, May 12, 2009

Duit Ali Abul Hassan sign tepi




Koleksi side sign Ali Abul Hassan.

*UNTUK DIJUAL COMPLETED SET SIGNED BY ALI ABUL HASSAN RM 310.00 CONDITION EF TO AUNC.

Monday, May 11, 2009

Duit 20 sen 1970.


Duit 20 sen mula dikeluarkan Malaysia tahun 1967 iaitu sebanyak 49,560,00 unit. Tahun 1968 sebanyak 40,440,000 unit. Tahun 1969 sebanyak 15,000,000 unit.

Koleksi di atas adalah keluaran tahun 1970. Pada tahun ini syiling 20 sen hanya dikeluarkan sebanyak 1,054,000 unit sahaja. Menyebabkan syiling ini susah untuk dijumpai sekarang dan harganya meningkat setiap tahun.

Koleksi 50sen terbelah 1967, 1968 dan 1969



Tahun 1967 Malaysia mengeluarkan duit syiling yang pertama. Duit 50 sen ini diperbuat daripada Cooper-Nickel dengan seakan terbelah di bahagian tepi sama dengan duit 50sen Queen Elizabeth yang diguna pakai oleh Malaya sebelum ini. Pada tahun 1967 jumlah duit 50sen yang dikeluarkan oleh BNM adalah sebanyak 15,000,000 unit. Duit amat jarang kita jumpa sekarang.

Duit5 50sen tahun 1968 sama dengan keluaran tahun 1967 tetapi jumlah keluaran untuk tahun 1968 adalah sebanyak 12,000,000 unit.



Tahun 1969 pun sama dengan 1967 dan 1968 tetapi jumlah keluarannya paling sedikit iaitu sebanyak 2,000,000 unit sahaja. Bagi pengumpul duit lama, 50sen ini harganya telah meningkat tahun demi tahun.

*SOLD

Thursday, May 7, 2009

Duit 1 cent Empat Segi sama





Aku anggap ini adalah siri pertama 1 cent jenis empat segi sama. Duit ini mula dikeluarkan tahun 1919 sebanyak 20,165,000 unit dengan gambar King George V dan diperbuat daripada gangsa. Tahun 1920 sebanyak 55,000,000 unit. Tiada pengeluaran tahun 1921 hingga 1925. Tahun 1926 dikeluarkan semula sebanyak 5,000,000 unit.

Koleksi di atas adalah bagi tahun 1919, 1920 dan 1926.

Duit 1 cent Segi empat sama





Aku kategorikan duit ini adalah siri ke 2 kerana ia menggunakan gambar George VI King Emperor. Duit seperti di atas dikeluarkan pada tahun 1939 (20,000,000 unit), 1940 (23,600,000 unit) dan tahun 1941 ( 33,620,000 unit). Koleksi di atas adalah bagi ketiga-tiga tahun tersebut.


Duit yang sama juga dikeluarkan semula tahun 1943 ( 50,000,000 unit) dan tahun 1945 (40,033,000 unit) seperti koleksi di atas.

Duit 1 cent Empat Segi Sama





Duit 1 cent Petak atau empat segi ini aku asingkan dalam siri yang berbeza supaya mudah aku buat koleksi. Duit dengan cetakan gambar Queen Elizabeth The Second ini aku anggap sebagai siri ketiga. Ianya dikeluarkan pada tahun 1956 (6,250,000 unit), 1957 (12,500,000 unit) , 1958 (5,000,000 unit ) dan tahun 1961 (10,000,000 unit).


Koleksi di atas adalah merangkumi keempat-empat tahun tersebut.

Duit Syiling Malaya 1 cent


Duit 1 cent Malaya and British Borneo dengan lambang keris bersilang ini hanya dikeluarkan tahun 1962 sebanyak 45,000,000 unit.

Monday, May 4, 2009

Duit Spore Siri Kapal










Duit Spore siri kapal dikeluarkan pada tahun 1987. Bersaiz 125mm x 63mm dicetak oleh Thomas De La Rue & Co. Ltd., England.