DUIT -DUIT DAN BARANG LAMA UNTUK DIJUAL SILA KLIK DI BAWAH

[FOR SALE]


Saturday, June 5, 2010

BRITISH NORTH BORNEO 2 1/2 CENTS

British North Borneo dengan nilai muka 2 1/2 cents ini hanya dikeluarkan pada tahun 1903 dan 1920. Mintage untuk 1903 adalah 2,000,000 unit dan 1920 adalah 280,000 unit. Diperbuat daripada Copper.Nickel.

Monday, May 24, 2010

WORLD WIDE FUND FOR NATURE MALAYSIA

RM5 Copper zinc.tin WWF for Malaysia 1992. Mintage 100,000.

Friday, May 14, 2010

Syiling Peringatan Ulang Tahun ke 25 KWSP.

Syiling peringatan sempena ulang tahun ke 25 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Keluaran tahun 1976 dengan nilai muka RM1. Diperbuat daripada Copper-nickel dengan mintage 500,000 unit.

Friday, May 7, 2010

Syiling Peringatan Ulang Tahun ke 100 Getah Asli Malaysia.

Syiling peringatan sempena ulang tahun ke 100 Getah Asli Malaysia tahun 1877 - 1977.
Keluaran tahun 1977 dengan nilai muka $1 ( satu ringgit). Diperbuat daripada copper-nickel sejumlah 500,000 unit dikeluarkan.

Tuesday, April 27, 2010

Syiling Peringatan Ulang tahun ke 50 Parlimen



Syiling peringatan sempena ulang tahun ke 50 Parlimen Malaysia dari tahun 1959 - 2009.

Sunday, April 25, 2010

Syiling Peringatan Sidang Kemuncak Asean ke 11



Syiling Peringatan sempena sidang kemuncak ASEAN ke 11 di Kuala Lumpur pada 12 - 14 Disember 2005.

Saturday, April 17, 2010

Syiling Satu Ringgit King Edward VII 1903

Syiling satu ringgit King Edward VII tahun 1903 ini adalah duit syiling pertama yang aku simpan. Bermula dengan syiling inilah minat aku mengumpul duit-duit lama mula timbul. Walau pun nilainya tidak seberapa tetapi memberi nilai yang sangat besar kepadaku.

Keluaran tahun 1903B mintage 15,009,891 unit, diperbuat daripada silver .900 fine.

Thursday, April 15, 2010

RM50 Siri kemerdekaan



RM50 Siri kemerdekaan ini bukanlah duit yang asing bagi kita, malahan dalam seharian pun mungkin kita terjumpa duit seumpama ini. Tetapi hari ini aku rasa bernasib baik sebab dapat jumpa prefix yang lain dari dari AAxxxxxxx.

Aku dapat prefix AC dan AE. Apa yang kita tahu duit baru yang kita guna sekarang adalah dengan prefix AF tanpa logo 50 tahun kemerdekaan. Mungkin kawan kira proof007 dapat menjawab persoalan ini. atau mungkin juga BNM memang keluarkan prefix AA hingga AE dengan logo kemerdekaan dan baru sekarang diedarkan untuk digunakan.

Tuesday, April 13, 2010

Duit Syiling Singapore Siri Pertama






Syiling seperti ini mula dikeluarkan tahun 1967, sama seperti Malaysia dan Brunei. Nilai muka dan saiz juga sama. Pada awal keluarannya sehingga pertengahan tahun 1970an, syiling ini sah laku digunakan di Malaysia dengan nilai yang sama dengan nilai wang Malaysia.

Monday, April 12, 2010

Badik


Badik merupakan senjata lama orang-orang melayu. Biasanya badik berukuran antara 3 hingga 4 inci.

Friday, April 9, 2010

Keris Lama

Sebenarnya aku bukanlah antara yang tahu tentang keris, aku hanya meminati barang-barang lama termasuk keris. Aku tak pernah tahu nama-nama keris kecuali diberitahu kepada aku.

Keris ini kalau dilihat dari bentuk dan keadaannya nampak dah terlalu tua. Mungkin usia dah lama dan dipakaikan dengan ulu dan sarung yang baru. Walau bagaimana pun jangan anda semua yakin semua besi sedemikian adalah besi lama, kadang kala ada yang merendamkan keris yang baru dibuat dalam air asid untuk menjadikan keris kelihatan seperti keris lama.
Apa pun, bagi orang yang pakar tentang keris dapat membezakan antara yang lama dengan yang baru. Hanya jauhari yang mengenal maknikam.

Tuesday, April 6, 2010

Syiling Peringatan Mesyuarat Tahunan IDB ke 30 2005.



Syiling Peringatan sempena mesyuarat tahunan lembaga Gabenor Bank Pembangunan Islam (IDB) yang ke 30 tahun 2005.

Monday, April 5, 2010

Syiling Peringatan Sidang Kemuncak Negara-negara Islam ke 10 .



Syiling peringatan sempena sidang kemunck persidangan Negara-negara Islam ke 10 di Putrajaya tahun 2003.

Thursday, April 1, 2010

Syiling Peringatan Sukan Sea 2001 Kuala Lumpur.



Syiling peringatan sempena sukan sea ke 21 2001 Kuala Lumpur.

Monday, March 29, 2010

Syiling Peringatan Ulang Tahun ke 100 St John Ambulans Malaysia.



Syiling peringatan ulang tahun ke 100 St John Ambulans Malaysia 1908 - 2008

Saturday, March 27, 2010

Syiling Peringatan Ulang Tahun ke 75 TLDM.



Syiling peringatan sempena ulang tahun ke 75 tentera laut Diraja malaysia 1934 - 2009

Friday, March 26, 2010

Syiling Peringatan Ulang Tahun ke 50 TUDM.



Syiling peringatan sempena ulang tahun ke 50 tentera Udara Diraja Malaysia 1958 - 2008.

Wednesday, March 24, 2010

Syiling Peringatan Ulang Tahun ke 50 BNM



Syiling Peringatan Ulang Tahun ke 50 Bank Negara Malaysia 1959 - 2009

Tuesday, March 23, 2010

Syiling Peringatan Rancangan Malaysia Ketiga.



Syiling Peringatan Rancangan Malaysia ke 3 tahun 1978 -1980.

Sunday, March 21, 2010

Syiling Peringatan Penyerahan Taraf Bandaraya Kuala Lumpur 1972.

Syiling Peringatan keluaran tahun 1972 sempena penganugerahan taraf bandaraya kepada Kuala Lumpur.

Thursday, March 11, 2010