DUIT -DUIT DAN BARANG LAMA UNTUK DIJUAL SILA KLIK DI BAWAH

[FOR SALE]


Sunday, March 29, 2009

Duit Queen Elizabeth



Keluaran tahun 1953 dengan nilai muka one dollar

Duit Malaya - Kapal Layar



Keluaran tahun 1959 bernilai one dollar atau satu ringgit.

SOLD

KOLEKSI DUIT INDONESIA


Duit Indonesia satu rupiah keluaran tahun 1951.



Duit Indonesia 1 rupiah keluaran tahun 1956


Duit Sukarno 1 rupiah keluaran tahun 1964



Duit Sukarno 5 rupiah keluaran tahun 1960

Duit Sukarno 10 rupiah keluaran tahun 1960


Duit Indonesia 25 rupiah keluaran tahun 1958

Sunday, March 22, 2009

Duit Malaysia RM50.00 keluaran khas kemerdekaan.






Duit RM50.00 ini dikeluarkan khas sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 50 tahun.

Siri no. AA1218198 untuk dijual RM70.00

Duit Malaysia $5 keluaran pertama



Duit $5 keluaran pertama Malaysia, dikeluarkan tahun 1967 - 1972 dengan ejaan"DI-PERLAKUKAN" dan "GABENOR".

Duit Malaysia $5 siri ke 2


Duit $5 siri ke 2, dikeluarkan tahun 1972 - 1976, ditandatangani oleh Tun Ismail Mohd Ali bersaiz 127 mm x 71 mm.

Duit Malaysia $5 siri ke 3


Duit $5 siri ke 3 dikeluarkan tahun 1976 - 1981, ditandatangani oleh Tun Ismail Mohd Ali bersaiz 127 mm x 71 mm sama dengan siri ke 2 dan pertama.

Duit Malaysia $5 siri ke 6


Duit $5 siri ke 6 dikeluarkan tahun 1987, ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Jaffar Hussein dengan 'cross on flag-post'.

Duit Malaysia $5 siri ke 7


Duit $5 siri ke 7, dikeluarkan tahun 1991 tanpa palang di tiang bendera. Ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Jaffar Hussein.

Duit Malaysia $1 keluaran pertama






Duit $1 keluaran pertama Malaysia di keluarkan tahun 1967 hingga tahun 1972. Dengan ejaan "DI-PERLAKUKAN" dan "GABENOR". Bersaiz 121 x 64 mm. Ditandatangani oleh Ismail Mohd Ali. Cetakan oleh Bradbury, Wilkinson & Co. Ltd.

Tuesday, March 10, 2009

ONE DOLLAR King Edward VII



Duit One Dollar King Edward VII mula dikeluarkan pada tahun 1903 hingga 1904, kemudian dikeluarkan lagi pada tahun 1907 hingga 1909. Diperbuat daripada silver.900 fine.

*UNTUK DIJUAL RM 180.00

Tuesday, March 3, 2009

British Trade Dollars


British Trade Dollars dikeluarkan dengan nilai muka 'one dollars' , bahagian belakangnya ditulis dengan tulisan jawi 'satu ringgit' beserta tulisan cina. Duit seumpama ini dikeluarkan dari tahun 1895 hingga tahun 1935. Keluaran yang paling sedikit adalah tahun 1921 iaitu sebanyak 50,211 unit, manakala keluaran paling banyak ialah tahun 1911 iaitu 37,470,509 unit

Untuk dijual seunit RM120.00

Duit Kerajaan Jepun


Dikeluarkan dengan nilai muka 100 Dollars, digunakan di Malaya semasa pendudukan Jepun.
Bersaiz 171 x 81 mm dikeluarkan dengan warna brown beserta tulisan "M" atau "MT".

Duit RM20







Duit RM20 ini keluaran tahun 1982 -1984 ditandatangani oleh Gabenur Ab Aziz Hj Taha dicetak oleh Bradbury, Wilkinson & Co. Ltd, England. Selepas itu ditandatangani oleh Tan Sri Jaffar Hussin.

SOLD

Sunday, March 1, 2009

Tanjong Pagar Road, Spore


Sekadar tatapan dan ingatan. Suasana begini amat jarang kita lihat sekarang, apatah lagi di negara maju seperti Singapore. Dalam masa seratus tahun lebih, perubahan di Tg Pagar begitu ketara sekali.

Perang

Melihat kepada gambar ini, dapat kita bayangkan bagaimana keadaan kacau bilau semasa perang dunia ke 2 dulu. Saat itu mengingatkan kita bagaimana siksanya nenek moyang kita untuk mendapatkan makanan dan seringkali hidup dalam ketakutan. Bukti yang jelas dan nyata bagaimana kepala manusia dipisahkan dari badan dan dipertontonkan dengan penuh kemegahan.

Semoga peristiwa hitam yang menjadi sejarah ini tidak akan berulang lagi kepada kita dan anak cucu kita kelak.