RM1 siri ke 10 ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman mempunyai nilai yang agak tinggi. Dikeluarkan tahun 1999 dengan prefix CR sahaja.
Dikeluarkan antara tahun 1967 hingga 1972 dengan tandatangan Ismail Md Ali. Semakin susah nak jumpa dalam pasaran sekarang, aku dapat pun yang vf saja.
Keluaran 21.3.1953 dengan Potret Queen Elizabeth II menggunakan watermark kepala harimau. Bahagian belakang terdapat lambang 13 negeri termasuk Brunei. Direka dan dicetak oleh Waterlow & Sons Ltd London dengan tandatangan oleh W. C. Taylor. Koleksi di atas hanya 1 dollar, 5 Dollars dan 10 dollars. Siri Potret Queen Elizabeth II ini dikeluarkan dengan nilai sehingga 10,000 dollars.
Wang kertas 5 Dollar bewarna hijau dengan potrait King George VI dan watermark kepala harimau di bahagian tengah. Ditandatangani oleh Weisberg di keluarkan pada 1.7 1941. Bahagian belakang terdapat logo Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Semenanjung dan Brunei.