Duit Spore siri orkid ini adalah siri pertama dan duit di atas adalah keluaran pertama dengan ditandatangani oleh Mr. Lim Kim San. Mr Lim Kim San menandatangani duit orkid ini dari tahun 1967 hingga 1969. Tahun 1970 ditandatangani oleh Dr Goh Kim Swee dan tahun 1971 hingga 1972 ditandatangani oleh Mr Hon Sui Sen tanpa 'red seal'. Manakala dari tahun 1972 hingga 1976 ditandatangan oleh Mr hon Sui Sen tanpa 'red seal'. Aku hanya mempunyai koleksi 1967 - 1969 dan 1972 - 1976.
Koleksi di atas adalah keluaran pertama RM20 ditandatangani oleh Tan sri Ab Aziz Hj Taha. Kategorinya bagi aku adalah aUNC. Apa yang membezakan antara siri ini dengan siri tandatangan oleh Jaffar hussein adalah gambar Ibu Pejabat Bank Negara dipaparkan dari sudut yang berlainan. Bahagian hadapan seakan tiada perbezaannya.
RM20 di atas adalah keluaran terakhir ditandatangani oleh Tan Sri jaffar Hussein. Aku sangat suka dengan koleksi RM20.00 kerana susah hendak jumpa sekarang. Bagi aku condition di atas adalah UNC dengan nombor berturutan.
Duit $50.00 keluaran tahun 1972 hingga 1976 dicetak oleh Thomas De La Rue & Co. Ltd., England. Ditandatangani oleh Tun Ismail Mohd Ali bersaiz 146mm x 87mm dengan kombinasi warna biru dan kelabu.
Duit kertas $1 (one dollar) di atas adalah keluaran 1.1.1935 dan ditandatangani oleh Rex Curral. Duit seumpama ini mula dikeluarkan tahun 1931 -1932 ditandatangani oleh Luis Shelley. Manakala tahun 1933 - 1935 oleh Rex Curral. Duit ini digunakan di dalam Negeri-negeri Selat. Menggunakan potret King George ke V.
Duit $1 ( one dollar ) ini dikeluarkan pada 1.7.1941 dengan potret King George VI ditandatangani oleh Weisberg bersaiz 124mm x 64mm. Dicetak oleh Waterlow & Sons Ltd London. Wang kertas ini sah diperlakukan di dalam Negeri-negeri Melayu.
Duit $1 Malaya dan British Borneo dengan potret Queen Elizabeth II sah diperlakukan di negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei dan Borneo Utara. Dikeluarkan pada 21.3.1953, ditandatangani oleh W.C Taylor dan dicetak oleh Waterlow & Sons Ltd. London.