Kalau tak silap saya digunakan oleh negeri-negeri Soviet Union sebelum perpecahan. Nilai 50 ruble keluaran tahun 1991 diberi oleh kawan dari Uzbekistan sekitar tahun 1992.
Siri ke5 dikeluarkan pada tahun 1982-1984 ditandatangani oleh Dato' Abd Aziz Taha dan siri ke6 dikeluarkan tahun 1986-1987 ditandatangani oleh Tan Sri Jaffar Hussein .
Duit sepuluh siri ketiga ditandangan oleh Gabenor Ismail Md Ali tetapi di sebelah kiri bawah tidak terdapat $10 yang boleh dilihat seperti siri ke2 dan pertama.
Duit Jepun, pokok pisang dengan siri no MA 680597, 10 Dollars bersaiz (159 x 77 mm). Terdapat pembayang gelombang air. Digunakan di Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun. Diperbuat daripada kertas bermutu rendah. Pada masa yang sama Kerajaan Jepun telah mengeluarkan tanpa had duit sebegini tetapi tanpa nombor siri. Sehinggakan selepas kekalahan Jepun berguni-guni duit ini ditinggalkan.